Bahaya Obat Kurus, Usus Ibu Ini Hancur Akibat Minum Teh Diet
Jumat, 27 September 2019
Edit
Loading...
Loading...
Keinginan untuk kurus cepat bukanlah satu kesalahan. Tapi
akibatnya boleh membawa maut jika kita ambil jalan pintas untuk menelan ubat
kurus atau ubat pelangsing badan sebarangan yang tidak diluluskan.
Inilah yang telah terjadi kepada Ida, seorang wanita yang
kini terlantar di katil hospital dan dipasang dengan mesin sokongan hidup.
Kisahnya viral selepas video dan gambarnya dimuat naik oleh
azriel ariel di Facebook Oktober tahun lepas.
Ubat kurus tidak selamat dan merupakan jalan pintas.
Berhati-hati apabila ibu ingin kurus terutamanya selepas bersalin.
Jangan ambil sebarang ubat pelangsing badan/teh diet tanpa
menyemak dulu kalau produk itu didaftar, selamat ataupun tidak kerana ia boleh
merbahayakan.
Akibat mengambil teh diet sebarangan, Ida telah mengalami komplikasi abdomen yang merebak ke usus sehingga ia hancur.
Doktor berkata Ida tidak mempunyai harapan untuk hidup lagi,
dan keluarganya telah menandatangani kelulusan untuk mematikan mesin sokongan
hayat.
Selepas beberapa jam, Ida telah meninggalkan dunia secara
senyap-senyap.
Theasianparent Indonesia menghubungi Meutia Faradilla,
M.Si., apt., seorang profesor farmasi di Universiti Syiahkuala.
Inilah jawabannya mengenai isu pil pelangsing, ubat kurus
atau teh diet yang dimakan oleh Ida dalam video dan gambar yang telah viral
itu.
- Teh pelangsing bertindak sebagai julap atau ubat pencuci perut yang membantu mengosongkan kandungan usus, dan perut akan rasa kosong untuk lebih lama (terasa seperti perut rata)
- Risiko mengambil teh ini untuk jangka panjang, ialah gangguan kepada keseimbangan elektrolit dalam tubuh yang akan mengganggu fungsi sel-sel lain dalam tubuh
- Yang paling membimbangkan adalah kehadiran campuran bahan kimia yang digunakan di dalam teh pelangsing.
- Biasanya produk seperti ini akan ditambah bahan-bahan lain untuk melangsingkan badan dengan cepat.
- Kita tidak tahu kesan sampingan mengambil ubat kurus, pil pelangsing badan ataupun teh diet, dan kewujudan bahan kimia di dalamnya boleh memudaratkan kita, terutama jika digunakan tanpa pengawasan.
Semua produk farmaseutikal termasuklah suplemen kesihatan
dan persediaan tradisional perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah
(PBKD) sebelum dipasarkan di Malaysia.
Penilaian terhadap produk perlu dijalankan untuk memastikan
keselamatannya kepada orang awam.
Fungsi ubat kurus
atau ubat pelangsing badan
Tidak semua ubat kurus bahaya untuk digunakan. Kebanyakkan
ubat pelangsing badan ini berfungsi dengan cara berikut:
- Menurunkan selera makan
- Menghalang penyerapan lemak/makanan
- Meningkatkan kadar membakar lemak (metabolisme)
- Meningkatkan suhu badan supaya mudah untuk berpeluh
Malangnya, kini semakin ramai orang tidak bertanggungjawab
dan hanya ingin mengejar keuntungan yang mengedar ubat pelangsing badan dengan
kandungan berbahaya dan tidak diluluskan.
Jika ubat pelangsing badan yang dibeli tidak pernah
diluluskan oleh PBKD atau KKM, hati-hati.
Perhatikan tanda-tanda ini jika ambil pil pelangsing/ubat
kurus/teh diet yang tidak pernah diluluskan :
- Rasa mual atau muntah
- Kadar jantung yang cepat
- Kencing dengan kerap
- Mulut kering
Jika anda mengalami sebarang atau kesemua tanda-tanda di
atas, segera berhenti makan pil atau ubat tersebut.
Bahan-bahan berbahaya dalam ubat pelangsing badan boleh
menyebabkan gangguan kardiovaskular (masalah jantung, strok, serangan jantung
dan gangguan irama jantung), dehidrasi teruk, pemakanan yang tidak baik,
mahupun kanser.
Sekiranya tanda-tanda ini tidak pulih atau bertambah buruk,
jumpa doktor anda dengan segera.
Jika ingin cepat langsing selepas bersalin kerapkan bersenam
dan jaga pemakanan anda, jika kita berusaha, kita pasti boleh kembali ke paras
badan yang ideal.
Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia
Loading...

